Monday, December 7, 2015
adakah aku mampu ?
kehimpitan hidup membuat aku rasa adakah aku patut bertanggungjawab mengubah nasib rakyat Malaysia,
ya siapa aku? aku bukan sesiapa, tapi kemelesatan ekonomi ini aku jua terasa... ya, aku pelajar mana nak rasa beban derita orang lain? tapi ibu bapa ku merasai kesusahannya? bercakap tentang pemimpin, bercakap tentang pembangkang... masing-masing punya agenda yang tersendiri...
kadang-kadang aku diam bukan kerana aku tidak minat dengan politik... tapi aku sudah jelak dengan janji-janji yang tiada sudah...
aku sudah peka mendengar tuduh menuduh antara satu sama lain, hasilnya kita masih duduk di bawah pimpinan yang sama... merasai beban ekonomi yang sama... aku berazam satu hari, aku akan mengubah nasib keluarga ku, aku akan ubah nasib orang-orang susah yang nak menyara anak-anak terpaksa ikat perut... kalau nak kata aku sekeluarga hidup mewah, mana? kalau nak kata aku layan barang branded mana? kalau nak kata rumah aku besar, mana? tak bersyukur kalau cakap aku tak punya apa-apa, tapi itu lah reality nya... rumah yang ku duduk kini masih dibayai ayahku setiap bulan gajinya bertahun-tahun tak habis lagi, silap haribulan bersara pun terbeban dengan hutang..ke hulur ke hilir mencari rezeki hanya menaiki moto buruknya tahun 2001... rosak ke apa masih dituntun hingga ke pejabat...
aku tak faham lah dengan ekonomi negara sekarang, kalau benar ada korupsi... kalau benar negara tidak mampu menampung hutang defisit.. kenapa berbelanja lebih? kenapa berbelanja kepada benda alah yang tak perlu? dengar hura-hura subsidi yuran pendidikan tinggi awam akan dihapuskan? wah, hebat lantang bercakap... swasta lebih mahal bayarannya? cakap tu, mudah tapi pernah fikir tak kenapa orang memilih untuk belajar dekat IPTA berbanding IPTS sebab tak mampu lah...
kepala aku serabut semak kadang-kadang fikir kat rumah tu ibu bapa aku tu makan apa? tengok adek laki pun aku sedih, keluar IPTS tapi orang cakap not qualified nak kerja profession dia.. sebab xdak degree... sebab tak dak experience kerja... habis yang ayah aku keluar ada phD tu nak cakap apa pula? maaf Dr. kami tak mampu nak bayar gaji Dr, sebab experience Dr. lebih dari jangkaan kami...
rezeki tu milik Allah, aku tahu bukan nak merunggut cuma nak bagitahu dekat orang luar sana... kalau dah ada peluang belajar, belajar betul-betul... kalau ada kerja yang elok, nikmati kerjaya anda elok-elok... bukan kerja asyik mengulat, sebab ramai lagi mahukan kerja anda, ramai lagi mahukan tempat anda untuk sambung pengajian...
#akunakubahakunakkanperubahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment