Kata-kata itu mutiara hidup
Monday, December 7, 2015
adakah aku mampu ?
kehimpitan hidup membuat aku rasa adakah aku patut bertanggungjawab mengubah nasib rakyat Malaysia,
ya siapa aku? aku bukan sesiapa, tapi kemelesatan ekonomi ini aku jua terasa... ya, aku pelajar mana nak rasa beban derita orang lain? tapi ibu bapa ku merasai kesusahannya? bercakap tentang pemimpin, bercakap tentang pembangkang... masing-masing punya agenda yang tersendiri...
kadang-kadang aku diam bukan kerana aku tidak minat dengan politik... tapi aku sudah jelak dengan janji-janji yang tiada sudah...
aku sudah peka mendengar tuduh menuduh antara satu sama lain, hasilnya kita masih duduk di bawah pimpinan yang sama... merasai beban ekonomi yang sama... aku berazam satu hari, aku akan mengubah nasib keluarga ku, aku akan ubah nasib orang-orang susah yang nak menyara anak-anak terpaksa ikat perut... kalau nak kata aku sekeluarga hidup mewah, mana? kalau nak kata aku layan barang branded mana? kalau nak kata rumah aku besar, mana? tak bersyukur kalau cakap aku tak punya apa-apa, tapi itu lah reality nya... rumah yang ku duduk kini masih dibayai ayahku setiap bulan gajinya bertahun-tahun tak habis lagi, silap haribulan bersara pun terbeban dengan hutang..ke hulur ke hilir mencari rezeki hanya menaiki moto buruknya tahun 2001... rosak ke apa masih dituntun hingga ke pejabat...
aku tak faham lah dengan ekonomi negara sekarang, kalau benar ada korupsi... kalau benar negara tidak mampu menampung hutang defisit.. kenapa berbelanja lebih? kenapa berbelanja kepada benda alah yang tak perlu? dengar hura-hura subsidi yuran pendidikan tinggi awam akan dihapuskan? wah, hebat lantang bercakap... swasta lebih mahal bayarannya? cakap tu, mudah tapi pernah fikir tak kenapa orang memilih untuk belajar dekat IPTA berbanding IPTS sebab tak mampu lah...
kepala aku serabut semak kadang-kadang fikir kat rumah tu ibu bapa aku tu makan apa? tengok adek laki pun aku sedih, keluar IPTS tapi orang cakap not qualified nak kerja profession dia.. sebab xdak degree... sebab tak dak experience kerja... habis yang ayah aku keluar ada phD tu nak cakap apa pula? maaf Dr. kami tak mampu nak bayar gaji Dr, sebab experience Dr. lebih dari jangkaan kami...
rezeki tu milik Allah, aku tahu bukan nak merunggut cuma nak bagitahu dekat orang luar sana... kalau dah ada peluang belajar, belajar betul-betul... kalau ada kerja yang elok, nikmati kerjaya anda elok-elok... bukan kerja asyik mengulat, sebab ramai lagi mahukan kerja anda, ramai lagi mahukan tempat anda untuk sambung pengajian...
#akunakubahakunakkanperubahan
Friday, November 27, 2015
Kaedah penyelesaian masalah
Sifat penyelesai
masalah.
Manusia di muka bumi ini
tidak akan dapat lari daripada masalah. Dalam kehidupan ini tiada siapa yang
tidak diuji dengan masalah. Pelbagai masalah yang kadang-kadang kita tidak tahu
bagaimana untk menyelesaikannya. Sesuatu itu perlu diselesaikan dengan kadar
segera iaitu sesuatu isu itu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati. Sifat
penyelesaian masalah seseorang individu itu terbahagi kepada empat. Empat
ciri-ciri yang penting dalam menyelesaikan masalah ialah yang pertama motivasi yang kuat, kedua ialah triat yang positi ketiga ialah jati diri dan akhir sekali yang keempat
ialah membina kemahiran.
Seseorang individu perlulah mempunyai motivasi yang kuat. Apakah yang dikatakan dengan motivasi yang kuat? Motivasi yang kuat ialah dimana seseorang individu itu cuba bangun dan bangun apabila dia jatuh. Saat kejatuhan saat dia ditimpa masalah, dia cuba bangkit semula dengan bertanggapan bahawa hari ini merupakan hari kejatuhannya, tetapi hari esok merupakan hari kejayaannya. Kejayaan adalah kemenangan yang yang diimpikan setiap individu. Mempercayai bahawa masa hadapan perlulah menjadi yang terbaik adalah motivasi yang kuat. Secara tidak langsung, kita akan mencuba memberikan yang terbaik. Segala masalah akan ditangani dengan bijak. Setiap masalah akan dicatat dan diselesaikan satu per satu, bukan sahaja itu, setiap masalah akan dijadikan pengalaman hidup yang mematangkan kita. Maka tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Menjadi seorang fighter itu perlu dalam kehidupan. Dengan ini, kita tidak akan cepat mengaku kalah. Thomas Edision merupakan contoh yang baik, dia mencipta lampu mentol dan melakukan lebih daripada 9,000 eksperimen untuk menyempurkan dan memurnikan lampu mentol.
Apakah itu trait yang positif? Trait positif ialah sifat peribadi seseorang penyelesaian masalah yang membolehkan dia mencapai kejayaan. Seseorang individu itu mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkan menyelesaikan masalah secara objektif. Penyelesaian masalah yang berkesan menunjukan individu itu mempunyai minat yang mendalam untuk mencari segala penyelesaian masalah yang diihadapi. Menerima pendapat dan bantuan dari orang lain membolehkan seseorang itu lebih peka dan terbuka. Dengan cara ini individu itu akan mencapai kejayaan. Selain itu, penyelesai masalah harus cerdik dan pintar. Kebolehan menganalisis masalah dan menyelesaikan masalah memerlukan pengetahuan sainstifik dan ketajaman berfikir secara intelektual yang tinggi. Selalunya, mereka ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi itu dengan sendirinya. Trait psikologi yang terakhir ialah kebolehan seseorang untuk terus berusaha tanpa rasa jemu atau bosan dalm menyelesaikan masalah. Baden-Powell ada mengatakan bahawa sifat stickability ini merupakan sifat yang tak mudah dilentur dan tidak mudah mengaku kalah.
Mempunyai jati diri
yang kuat membolehkan individu itu terus berusaha menyelesaikan masalah. Tahap
keyakinan diri yang tinggi ini mampu menguasai situasi yang bakal hadapi.
Mereka berfikiran positif dan yakin
bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah haruslah yakin
bahawa mampu menyelesaikan masalah walaupun pada hakikatnya ia belum pasti
dengan apa yang hendak dilakukan. Mempunyai psikologi yang positif akan
memberangsang diri untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal
yang dihadapi. Keadaan ini membolehkan penyelesaian masalah memperolehi
kejayaan dan tidak akan melemahkan semangatnya untuk menyelesaikan masalah.
Akhir sekali,
penyelesaian masalah harus bijak membina kemahiran. Penyelesaian masalah yang
berkebolehan akan menggunakan berbagai-bagai teknik model penyelesaian masalah.
Kemahiran menyelesaikan masalah boleh diperolehi daripada kursus-kursus
pengurusan masalah. Chang dan Kelly (1993) ada menyatakan ada enam langkah
untuk menyelesaikan masalah. Iaitu kenal pasti masalah, analisis punca masalah,
kenal pasti cara penyelesaian, pilih penyelesaian masalah yang terbaik, bentuk
plan tindakan dan pelaksanaan dan penilaian. Manakala Francis (1990),
menyatakan bahawa kaedah penyelesaian masalah terbahagi kepada lapan. Iaitu tuning in, objective setting, success
measurement, information collection, decision making, planning, action dan review to improve.
Kategori Masalah
Kategori masalah itu terbahagi kepada enam iaitu yang pertama ialah misteri, tugasan, kesukaran, peluang, tidak pasti dan dilema. Misteri merupakan masalah yang tidak dapat dikenal pasti apakah puncanya terjadi sesuatu kejadian itu. Seperti kes kapal terbang MH317 yang hilang tahun lalu, masih tidak dapat dikenal pasti apa sebenarnya yang terjadi dan penemuan kapal terbang itu masih menjadi misteri. Tugasan merupakan sesuatu perkerjaan yang dipertanggungjawab oleh seseorang individu kepada individu yang lain. Kesukaran menyelesaikan tugasan juga dikategorikan sebagai masalah. Individu yang dipertanggungjawab itu harus mengetahui kehendak dan ciri-ciri pemberi tugasan dalam melaksankan setiap tugasan yang diberikan.
Kesukaran
menyelesaikan masalah itu mencabar, kompleks dan rumit. Kesukaran berlaku
kerana dua sebab, sama ada kita tidak tahu menyelesaikan masalah itu atau kita
tidak mempunyai sumber-sumber untuk menyelesaikan masalah itu. Kesukan
terbahagi kepada dua kategori, iaitu subjektif dan objektif. Subjek merupakan
kesukaran sifat-sifat negatif yang ada pada individu itu sendiri. Manakala
kesukaran objektif pula merupakan kesukaran yang menghalang objektif seseorang
individu itu untuk Berjaya. Sama ada dari segi kemahiran, pengetahuan ataupun
motivasi. Peluang yang terhad
menjadikan seseorang itu bermasalah. Memiliki peluang bukan lah perkara yang
asing dalam kehidupan. Jika kita punyai peluang dalam sesuatu situasi, gunakan
lah peluang yang ada, dan lipat ganda peluang tersebut untuk mengekspolitasi
situasi tersebut untuk mendatangkan keuntungan.
Untuk menyelesaikan
masalah yang tidak pasti ini kita
pelulah mengkaji segala kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk mencari
jawapan yang betul. Dilema adalah situasi di mana sukar untuk mencari
penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya. Kadang-kadang
kita terbahagi dalam membuat keputusan yang betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)