Friday, November 27, 2015

Kaedah penyelesaian masalah


Sifat penyelesai masalah.
Manusia di muka bumi ini tidak akan dapat lari daripada masalah. Dalam kehidupan ini tiada siapa yang tidak diuji dengan masalah. Pelbagai masalah yang kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana untk menyelesaikannya. Sesuatu itu perlu diselesaikan dengan kadar segera iaitu sesuatu isu itu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati. Sifat penyelesaian masalah seseorang individu itu terbahagi kepada empat. Empat ciri-ciri yang penting dalam menyelesaikan masalah ialah yang pertama motivasi yang kuat, kedua ialah triat yang positi ketiga ialah jati diri dan akhir sekali yang keempat ialah membina kemahiran.

Seseorang individu perlulah mempunyai motivasi yang kuat. Apakah yang dikatakan dengan motivasi yang kuat? Motivasi yang kuat ialah dimana seseorang individu itu cuba bangun dan bangun apabila dia jatuh. Saat kejatuhan saat dia ditimpa masalah, dia cuba bangkit semula dengan bertanggapan bahawa hari ini merupakan hari kejatuhannya, tetapi hari esok merupakan hari kejayaannya. Kejayaan adalah kemenangan yang yang diimpikan setiap individu. Mempercayai bahawa masa hadapan perlulah menjadi yang terbaik adalah motivasi yang kuat. Secara tidak langsung, kita akan mencuba memberikan yang terbaik. Segala masalah akan ditangani dengan bijak. Setiap masalah akan dicatat dan diselesaikan satu per satu, bukan sahaja itu, setiap masalah akan dijadikan pengalaman hidup yang mematangkan kita. Maka tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Menjadi seorang fighter itu perlu dalam kehidupan. Dengan ini, kita tidak akan cepat mengaku kalah. Thomas Edision merupakan contoh yang baik, dia mencipta lampu mentol dan melakukan lebih daripada 9,000 eksperimen untuk menyempurkan dan memurnikan lampu mentol.

Apakah itu trait yang positif? Trait positif ialah sifat peribadi seseorang penyelesaian masalah yang membolehkan dia mencapai kejayaan. Seseorang individu itu mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkan menyelesaikan masalah secara objektif. Penyelesaian masalah yang berkesan menunjukan individu itu mempunyai minat yang mendalam untuk mencari segala penyelesaian masalah yang diihadapi. Menerima pendapat dan bantuan dari orang lain membolehkan seseorang itu lebih peka dan terbuka. Dengan cara ini individu itu akan mencapai kejayaan. Selain itu, penyelesai masalah harus cerdik dan pintar. Kebolehan menganalisis masalah dan menyelesaikan masalah memerlukan pengetahuan sainstifik dan ketajaman berfikir secara intelektual yang tinggi. Selalunya, mereka ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi itu dengan sendirinya. Trait psikologi yang terakhir ialah kebolehan seseorang untuk terus berusaha tanpa rasa jemu atau bosan dalm menyelesaikan masalah. Baden-Powell ada mengatakan bahawa sifat stickability ini merupakan sifat yang tak mudah dilentur dan tidak mudah mengaku kalah.

Mempunyai jati diri yang kuat membolehkan individu itu terus berusaha menyelesaikan masalah. Tahap keyakinan diri yang tinggi ini mampu menguasai situasi yang bakal hadapi. Mereka berfikiran positif  dan yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah haruslah yakin bahawa mampu menyelesaikan masalah walaupun pada hakikatnya ia belum pasti dengan apa yang hendak dilakukan. Mempunyai psikologi yang positif akan memberangsang diri untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal yang dihadapi. Keadaan ini membolehkan penyelesaian masalah memperolehi kejayaan dan tidak akan melemahkan semangatnya untuk menyelesaikan masalah.
Akhir sekali, penyelesaian masalah harus bijak membina kemahiran. Penyelesaian masalah yang berkebolehan akan menggunakan berbagai-bagai teknik model penyelesaian masalah. Kemahiran menyelesaikan masalah boleh diperolehi daripada kursus-kursus pengurusan masalah. Chang dan Kelly (1993) ada menyatakan ada enam langkah untuk menyelesaikan masalah. Iaitu kenal pasti masalah, analisis punca masalah, kenal pasti cara penyelesaian, pilih penyelesaian masalah yang terbaik, bentuk plan tindakan dan pelaksanaan dan penilaian. Manakala Francis (1990), menyatakan bahawa kaedah penyelesaian masalah terbahagi kepada lapan. Iaitu tuning in, objective setting, success measurement, information collection, decision making, planning, action dan review to improve.

Kategori Masalah

Kategori masalah itu terbahagi kepada enam iaitu yang pertama ialah misteri, tugasan, kesukaran, peluang, tidak pasti dan dilema. Misteri merupakan masalah yang tidak dapat dikenal pasti apakah puncanya terjadi sesuatu kejadian itu. Seperti kes kapal terbang MH317 yang hilang tahun lalu,  masih tidak dapat dikenal pasti apa sebenarnya yang terjadi dan penemuan kapal terbang itu masih menjadi misteri. Tugasan merupakan sesuatu perkerjaan yang dipertanggungjawab oleh seseorang individu kepada individu yang lain. Kesukaran menyelesaikan tugasan juga dikategorikan sebagai masalah. Individu yang dipertanggungjawab itu harus mengetahui kehendak dan ciri-ciri pemberi tugasan dalam melaksankan setiap tugasan yang diberikan.                                  
Kesukaran menyelesaikan masalah itu mencabar, kompleks dan rumit. Kesukaran berlaku kerana dua sebab, sama ada kita tidak tahu menyelesaikan masalah itu atau kita tidak mempunyai sumber-sumber untuk menyelesaikan masalah itu. Kesukan terbahagi kepada dua kategori, iaitu subjektif dan objektif. Subjek merupakan kesukaran sifat-sifat negatif yang ada pada individu itu sendiri. Manakala kesukaran objektif pula merupakan kesukaran yang menghalang objektif seseorang individu itu untuk Berjaya. Sama ada dari segi kemahiran, pengetahuan ataupun motivasi. Peluang yang terhad menjadikan seseorang itu bermasalah. Memiliki peluang bukan lah perkara yang asing dalam kehidupan. Jika kita punyai peluang dalam sesuatu situasi, gunakan lah peluang yang ada, dan lipat ganda peluang tersebut untuk mengekspolitasi situasi tersebut untuk mendatangkan keuntungan.
Untuk menyelesaikan masalah yang tidak pasti ini kita pelulah mengkaji segala kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk mencari jawapan yang betul. Dilema adalah situasi di mana sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya. Kadang-kadang kita terbahagi dalam membuat keputusan yang betul.